Lieos Technology Sdn.Bhd. (595072-D) adalah sebuah syarikat yang berstatuskan BUMIPUTRA di mana ianya telah ditubuhkan pada 8hb Oktober 2002. Sebelum Lieos Technology Sdn.Bhd. ditubuhkan, pemilik syarikat ini telah pun menjalankan perniagaan tunggalnya, Lieos Technology sejak dari tahun 1998. Dengan kemajuan IT yang semakin pesat serta pencapaian maju syarikat dan tahap yang stabil, pemilik tunggalnya AFIZA BINTI KHALIT mengambil keputusan menaiktaraf syarikat sebagai SENDIRIAN BERHAD iaitu Lieos Technology Sdn.Bhd. AFIZA BINTI KHALIT adalah pemegang saham terbesar iaitu sebanyak 55% manakala 45% saham lagi dipegang oleh AZLI BIN ABDUL AZIZ, kedua-duanya adalah pengarah syarikat ini. Syarikat ini juga diuruskan sendiri oleh kedua-dua pengarah tersebut. Syarikat menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana dibantu oleh 20 orang pekeja tetap serta beberapa pekerja sambilan. Sehingga tahun 2005, syarikat mengambil keputusan menubuhkan beberapa cawangan bagi tujuan mengembangkan lagi sayap perniagaan dan memantapkan keuntungan syarikat.
Visi Dan Misi
Penjenamaan brand “Lieos” sebagai brand IT terkenal di perlusuk dunia.
- Menjadi sebuah syarikat IT yang berdaya saing dan disegani.
- Menjadi anak melayu dan bumiputera yang berjaya di dalam bidang IT.
- Melahirkan ramai usahawan-usahawan IT.
- Mengeluarkan produk penjenamaan sendiri yang mampu bersaing dengan syarikat-syarikat luar.
- Menjadi salah sebuah syarikat franchisor melayu yang pertama dalam bidang IT.
Antara anugerah yang telah diperolehi oleh Lieos antaranya :
- Anugerah Usahawan YPU Terengganu - 2008
- Anugerah Belia Negara Peringkat Negeri Terengganu - 2007
- Percalonan Aura Usahawan Peringkat Kebangsaan (MARA) - 2006
- Anugerah Usahawan Muda Peringkat Negeri Terengganu (MARA) - 2006
- Anugerah Penyewa Terbaik MARA Negeri Terengganu (MARA) - 2004
- Percalonan Akhir Anugerah Usahawan Peringkat Kebangsaan (KpuN) - 2003
- Anugerah Penghargaan Usahawan Negeri Terengganu (YPUT/DPMMT/KPUN) - 2002
- Anugerah Kerjasama Terbaik MARA - 1999
No comments:
Post a Comment